RAJA PETRA HENTAM PEMBANGKANG

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Penulis blog, Raja Petra Kamarudin menempelak sikap pakatan pembangkang yang hanya tahu bersorak apabila laman web WikiLeaks membocorkan rahsia yang mendatangkan kesan negatif kepada kerajaan serta pemimpinnya.

Sebaliknya, tegas beliau, apabila mereka pula 'terkena', kalangan pemimpin pembangkang seakan-akan tidak boleh menerima hakikat lalu menuduh apa yang berlaku adalah satu konspirasi dan subjudis.

''Kalau WikiLeaks bocor rahsia tentang kerajaan, anda (pembangkang) bertepuk tangan dan bersorak-sorai serta mengatakan bahawa WikiLeaks adalah kurniaan tuhan. Sekarang, apabila anda pula terkena, anda tuduh bahawa berlaku konspirasi dan subjudis.

''Tolonglah! Kalau takut kena pukul, jangan cari gaduh. Kalau berani gaduh, mestilah terima yang kadang- kadang kena pukul balik. Itu baru kita panggil anak jantan,'' coretnya dalam artikel disiarkan Malaysia Today menerusi ruangan No Holds Barred.

Raja Petra berkata, ramai yang kesal berhubung laporan WikiLeaks mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka berteriak subjudis, desas-desus, khabar angin tidak berasas, konspirasi dan lain-lain lagi.

Bagi mereka, jelasnya, adalah tidak adil atau tidak beretika bagi pihak WikiLeaks untuk menerbitkan laporan tentang isu yang sedang dibicarakan di mahkamah.

''Bagi saya, standard yang sama perlu diguna pakai bagi semua pihak. Saya tak percaya pada penggunaan standard yang berbeza untuk setiap orang dan mengalihkan palang gol semasa permainan berlangsung. Inilah pendirian saya selama ini dan saya amat konsisten mengenainya.

''Tapi ramai di pihak pembangkang percaya pada penggunaan dua standard yang berbeza - satu untuk parti pemerintah dan satu lagi untuk pembangkang. Ya, saya memang setuju bahawa semasa sesuatu perbicaraan sedang berlangsung, kita tak patut memberi komen tentangnya. Tapi sejak bila pula pembangkang menghormati peraturan ini?'' soal beliau.

Kata Raja Petra, antara 2002 hingga 2004 iaitu ketika menguruskan akhbar Suara Keadilan, beliau selalu bertengkar dengan Anwar dan kalangan pemimpin parti.

Malah, katanya, beliau pernah menerima memo Anwar dari Penjara Sungai Buloh yang menegur mengenai penulisannya.

''Suara Keadilan adalah akhbar parti dan oleh sebab itu, saya tidak harus menulis sebarang perkara bersifat kritikal terhadap parti atau pembangkang. Saya kemudiannya tidak lagi dibenarkan menulis ruangan editorial.

''Kemuncaknya adalah apabila saya dan Anwar tidak lagi sehaluan. Jadi, saya memutuskan untuk melancarkan Malaysia Today dan tidak lama selepas itu, selepas insiden pada konvensyen parti di Ipoh yang hampir mengakibatkan saya bertumbuk dengan pengawal peribadi Anwar, saya meninggalkan Suara Keadilan bagi mengendalikan Malaysia Today sepenuh masa.

''Pemimpin PKR anggap saya sebagai seorang yang semberono. Ini kerana saya bukan hanya menghentam UMNO dan BN (Barisan Nasional), tapi juga pembangkang. Itu yang dia orang tak suka,'' katanya.

Menurut beliau, apabila Malaysia Today mendedahkan rahsia dan dokumen sulit tentang sesuatu yang menjejaskan kedudukan kerajaan, tidak ada siapa yang melolong.

Sumber : Utusan Malaysia.

Komen : Satu pandangan yang jujur daripada Raja Petra.

PERTAHAN KEDAULATAN MELAYU

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di majlis Multaqa Ulama Darul Takzim, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/Nasirruddin Yazid


JOHOR BAHRU 8 Dis. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan orang Melayu supaya bermuhasabah diri dan segera kembali ke pangkal jalan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu.

Baginda bertitah, berdasarkan perkembangan semasa, terdapat orang Melayu yang mahu menolak kedaulatan kaum tersebut seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.

“Perkara ketuanan Melayu saya bangkitkan kerana saya dapati pada hari ini ramai rakyat yang tidak memahami atau sudah salah tafsir maksud sebenar.

“Ketuanan Melayu atau lebih dikenali kedaulatan Melayu mencakupi kedudukan raja-raja Melayu dan rakyatnya yang kekal sehingga ke hari ini dan bukannya soal antara ‘tuan’ dan ‘hamba’,” titah baginda semasa merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di sini hari ini.

Sultan Ibrahim merupakan sultan ketiga di negara ini selepas Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menyelar orang Melayu yang sanggup menggadaikan konsep ketuanan dan kedaulatan Melayu atas dasar kepentingan politik sendiri.

Sultan Ibrahim bertitah, ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja-raja Melayu sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu.

Menurut baginda, apabila British memberi kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

“Ini kerana, awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu raja-raja Melayu dan rakyatnya.

“Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, raja-raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberi mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu.

“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda.

Justeru, Sultan Ibrahim menyeru para ulama bangkit dan memainkan peranan bagi mempertahankan kedaulatan Melayu yang mula tercemar.

Baginda bertitah, ia tugas mencabar bagi para ulama dan umara (para pemimpin) untuk menjelaskan dan mempertahankan kedaulatan Melayu seperti terkandung dalam Perlembagaan yang selama ini menjadi ‘tuan tanah’ negara ini.

Multaqa sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda itu dihadiri 500 peserta dan dua kertas kerja dibentangkan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadot dan Mufti negeri, Datuk Tahrir Shamsuddin.

Utusan Malaysia adalah akhbar rasmi multaqa berkenaan.

Sultan Ibrahim bertitah, peranan ulama pada zaman silam amat besar dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara serta sering berganding bahu dengan para pemimpin negara bagi menuntut kemerdekaan sehingga ia dapat dicapai dan syiar Islam dapat ditegakkan hingga ke hari ini.

“Ini jelas menunjukkan peranan ulama bukan sahaja untuk menegakkan hukum syarak, malah peranan lebih besar harus digalas iaitu menjaga dan mengekalkan ketuanan Melayu yang dimiliki selama ini,” titah baginda.

CERITA RENUNGAN (2)

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:
RAJA DENGAN BINATANG BERBISA

Al kisah di dalam satu negeri hiduplah seorang raja yang mempunyai satu hobi yang pelik iaitu memelihara binatang berbisa. Di dalam kawasan istananya dibuat sebuah kolam untuk diletakkan pelbagai jenis binatang berbisa. Pada suatu hari hujan turun dengan lebatnya dan air kolam naik hingga hampir melimpah dari tebing. Raja berasa sangat suka hati dan menitahkan semua rakyatnya berkumpul di depan kolam tersebut. Maka berasak-asaklah seluruh rakyat negeri tersebut berhimpun di depan kolan tersebut. Raja kemudiannya menitahkan bahawa baginda ingin mencari seorang rakyatnya yang dianggap paling berani. Orang tersebut akan dihadiahi salah satu hadiah iaitu memberikan sebahagian harta baginda kepada orang itu atau memberikan separuh daripada negeri baginda kepada orang itu atau mengahwinkan orang itu dengan mana-mana puterinya yang jelita. Sekonyong-konyong habis bertitah, seluruh hadirin gempar apabila seorang lelaki tiba-tiba terjun ke dalam kolam dan berenang dengan secepat kilat ke hujung kolam tanpa dapat disengat oleh mana-mana binatang berbisa tersebut. Dengan tercunggap-cunggap orang itu datang menghadap raja. Raja tersenyum dan bertanya apakah hadiah yang dikehendaki oleh lelaki itu. Sama ada hartakah.... negerikah atau anakanda baginda. Orang itu mengucapkan terima kasih atas kurniaan baginda tetapi hendak akan hadiah yang lain daripada itu. Raja kehairanan dan bertanya apakah hadiah tersebut. Orang itu menjawab bahawa dia mahu baginda mencari siapakah yang menolaknya masuk ke dalam kolam tersebut. Akhirnya baru diketahui bahawa ada seorang manusia yang menolaknya sehingga jatuh ke dalam kolam tersebut. Akibat terdesak dan terperanjat, dia menggunakan segala ikhtiarnya untuk menyelamatkan diri. Fikirkanlah apa falsafah di sebalik cerita ini.

JAWA PINDAH RUMAH 12 HB DIS

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:
Dimaklumkan AZMI JAWA..sahabat GPMS kita akan berpindah rumah dari Batu Pahat ke Pontian pada 12 Disember 2010 ni (AHAD). Diperlukan gurka2 GPMS untuk saling membantu..biasalah kerja2 memikul barang naik ke lori dan turunkan dari lori...hubungi MAN GEMOK untuk maklumat lanjut. JOM RAMAI2..... berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

CERAMAH PENGENALAN GPMS

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:

















Ceramah pengenalan GPMS merupakan nadi perang saraf GPMS Cawangan Johor Bahru ketika mula berkembang sejak tahun 1980. Melalui ceramah ini, pelajar didedahkan dengan sejarah penubuhan GPMS dan peranan GPMS untuk memajukan pendidikan anak bangsa. Melalui ceramah ini juga, GPMS mengumpulkan ahli untuk menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat. Ceramah ini mula mendapat nafas baru dengan memperkenalkan gerakan obor di seluruh daerah negeri Johor pada tahun 2010.

KUMPULAN PENYAPU

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:

















Kumpulan Lanjutan "PENYAPU" .

GUNUNG TAHAN 1984

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:

















Gambar kenangan ketika turun dari Gunung Tahan (Kursus Perkaderan GPMS ke-2 pada tahun 1984. Dari kiri Hadi8405, Che Mat8406, Tahir8404 dan Ajak8407. Dari kursus inilah aku mendapat nombor 8407 dan melekat sehingga sekarang.

KUMPULAN PELANGI

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:
















Geng kursus di SK Taman Pelangi pada tahun 1992
(Duduk dari kiri : Sham Karim, Ajak8407, Man Apek, Zahadi, Angah8410, Alang, Azmi Jawa, Bamba)

KUMPULAN BUKIT JEPUN 1984

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:




























Kumpulan OK5 dan Matlamat yang dihasilkan daripada Kursus Kepimpinan & Kesedaran di Markas BTN Bukit Jepun pada tahun 1984.
(Di depan dari kiri : Angah8410, Ajak8407, Tahir8404, Che Mat8406, Brader Rais, Hadi8405)



















Kumpulan OK5 yang dihasilkan daripada Kursus Kepimpinan & Kesedaran di Markas BTN Bukit Jepun pada tahun 1984.

KUMPULAN LANJUTAN TERBAIK

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:

















Ahli kumpulan lanjutan GPMS Johor Bahru
Ita, Hawa, Atiqah, Mamat, Hadzhar, Musbah, Ijan, Lela, Shima dan Maznah




















Azmi Jawa, Nizam Bamba dan Man Apek bersama kumpulan lanjutan terbaik pernah dihasilkan oleh GPMS Johor Bahru

AMINUDDIN BAKI DALAM KENANGAN

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:
( AMINUDDIN BAKI : 1926-1965 )

ARKITEK PENDIDIKAN MELAYU MODEN
SALAH SEORANG PENGASAS GPMS
























.... Mengingatkan tuan-tuan dan puan-puan tentang mustahaknya kita melipatgandakan ikhtiar dan usaha kita di lapangan pelajaran dan ilmu pengetahuan, hubaya-hubaya dalam negeri kita yang berdaulat dan merdeka ini tidak hendaknya berbuah pisang dua kali dan kita berdagang di rumah sendiri ... [ Gerakan Obor : Radio Malaysia, 21 Januari 1964 ]

Kata-kata keramat Allahyarham Aminuddin Baki :

" Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan " dan " Alah sabung menang sorak ; ayamnya menang kampungnya tergadai."

FAHAMI ERTI SEBENAR PATRIOTISME

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:




SETELAH membaca berita terbaharu buletin parti-parti politik bukan Melayu, Malaysiakini dan MalaysianInsider mengenai patriotisme, saya fikir kita sudah tidak rasional dan profesional dalam membincangkan isu ini.

Niat tersembunyi mereka semakin terserlah, termasuk menemubual bekas tentera bukan Melayu yang telah bersara, dengan provokasi tertentu, agar individu tertentu menjadi sasaran bagi mendapatkan political mileage. Apakah perancangan halus sebegini masih tidak dapat membuka mata hati kita?

Ternyata pemahaman mereka terhadap makna patriotisme tersasar jauh. Mereka begitu beriya-iya menonjolkan Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai ikon dan hujah kuat patriotisme. Hujah ini bukan sahaja tidak tepat, malah menyimpang dari sejarah sama sekali. Penubuhan MPAJA bukan untuk mempertahankan tanahair tetapi disebabkan oleh dendam dan permusuhan antara China dengan Jepun.

Fakta ini sepatutnya telah jelas, tetapi sengaja dimanipulasikan. MPAJA tidak ada kaitan dengan semangat patriotisme. MPAJA adalah komunis. Begitu juga dengan memberi nama muzium Sun Yat Sen oleh kerajaan Pulau Pinang. Apa kaitan Sun Yat Sen sejarah negara dan patriotisme? Tanyalah guru sejarah, jika itu bukan bidang kita. Saya harap PKR dan Pas tidak buta dengan pakatan ini dan mampu bersuara antara hak dengan batil.

Mengambil data kuno sebelum tahun 1971 dengan menunjukkan betapa ramainya bukan Melayu menyertai pasukan tentera menampakkan betapa sindrom ultra kiasu masih membelenggu kita. Ketika itu, kita baru sahaja mengecapi nikmat hidup tanpa dijajah dan semangat patriotisme begitu berkobar-kobar. Kini sudah lebih 40 tahun berlalu, rujuklah statistik terbaharu, barulah nampak lebih rasional dan tidak sangat untuk menegakkan benang basah. Lepas itu, buatlah kajian kenapa minat mereka begitu berkurang berbanding dahulu.

Seterusnya mereka berpendapat semangat patriotisme tidak hanya boleh dinilai dengan menyertai pasukan tentera, tetapi melalui pematuhan undang-undang, bekerja keras, berusaha mengumpul kekayaan dan membangunkan negara. Tidak ketinggalan tindakan menentang ketidakadilan dan kerajaan hari ini, juga tergolong dalam erti patriostime. Pemahaman seperti ini sekali lagi jauh tersasar.

Mereka mengukur patriotisme berasaskan benda atau materialistik, walhal makna patriotisme lebih daripada itu. Patriotisme melibatkan unsur kerohanian (agama), penyerahan jiwa raga sehingga nyawa sebagai gadaian. Ungkapan Khalid Al-Walid kepada pihak musuh di dalam satu peperangan adalah satu contoh jelas patriotisme. Katanya: "Orang-orang yang bersamaku ini mencintai mati (syahid) sebagaimana kamu mencintai hidup."

Jelas sekali ketika itu, para mujahidin ini berjuang dengan penuh semangat, keberanian dan keimanan demi meninggikan kalimah Allah, agar agama, bangsa dan negara terbela. Patriotisme boleh sampai ke tahap jihad jika matlamatnya benar. Inilah faktor utama yang menyatukan umat Melayu Islam melalui kebangkitan nasionalisme menghalau penjajah sehingga ramai yang syahid mempertahankan Tanah Melayu.

Justeru, saya kurang setuju apabila definisi patriotisme disempitkan dengan menyamakan dengan definisi wathaniyyah atau cintakan negara sahaja. Benar, istilah patriotisme datang dari barat, tetapi tidakkah kita bertanggungjawab untuk mengislamisasikannya? Cinta kepada bangsa dan negara dibenarkan jika bertujuan untuk memelihara agama. Bacalah pendapat Ibnu Khaldun sama.

Rakyat Malaysia sepatutnya mengkaji kenapa Menteri Pertahanan berkata demikian? Apakah kaitannya semangat patriotisme dengan bidang ketenteraan (pasukan keselamatan)? Menyertai pasukan keselamatan melibatkan pengorbanan jiwa raga untuk agama dan negara. Adakah kita sanggup untuk melakukannya sekiranya kita diselubungi dengan kiasi atau takut mati? Saya harap mereka yang membangkitkannya boleh faham maksud tersebut.

Diukur

Kita perlu membezakan antara makna patriotisme, nasionalisme dan taat setia, kerana ia saling berkaitan. Tidak ada patriotisme selagi tidak ada taat setia. Taat setia mesti diukur dari segi menghormati dan mematuhi kepada Perlembagaan negara terlebih dahulu.

Bukannya dengan berkata saya cintakan negara ini 1,000 kali atau menggunakan nama blogging seperti "Malaysian", "I am Malaysian", "Malaysian Heart", atau melaungkan saya diperanakkan di sini dan membayar cukai dan sebagainya. Jika itulah hujahnya, buruh asing pun membayar cukai dalam bentuk "levi". Setiap rakyat mesti taat setia kepada negara. Perlu nationalistik dan patriotik, barulah akan lahir patriotisme. Pada saya, tidak sukar untuk rakyat Malaysia bersatu jika mereka mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Patriot adalah orang yang mempertahankan (memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara, sehingga sanggup menggadaikan nyawa. Kesemua ini istilah jika diadunkan tidak bertentangan dengan Islam jika agama tidak di kesampingkan.

Persoalannya, di manakah patriotisme jika tidak ada taat setia dan rasa hormat kepada Perlembagaan negara termasuk peruntukan-peruntukan sensitif seperti Perkara 3(1) kedudukan agama Islam, Perkara 152, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Perkara 153, Kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kedudukan Raja-raja Melayu. Sebenarnya sudah terhakis taat setia, nasionalisme dan patriotisme apabila kita mempertikaikan kedaulatan perlembagaan tersebut. Mempertahankan perlembagaan bermakna mempertahankan kedaulatan negara.

Berpegang teguh kepada apa yang telah dipersetujui oleh pemimpin sebelum merdeka (kontrak sosial) dan dirakamkan di perlembagaan adalah nasionalisme. Nasionalisme atau "perasaan mencinta negara sendiri" perlu berpusat kepada perkataan "negara sendiri". Bermakna, tidak ada lagi perasaan bangga kepada negara asal.

Tidak lagi mengagung-agungkan meningkatnya kuasa ekonomi China dan India, tetapi bolehlah digunakan sebagai contoh untuk berhujah dari segi akademik. Inilah bibit-bibit ke arah patriotisme. Termasuk juga melebihkan eksport lebih dari import supaya imbangan perdagangan (balance of trade) menjadi baik bagi negara kita. Atau mengelakkan mengimport barangan atau perkhidmatan yang tidak berkualiti, sehinggalah mutu dan teknologi barangan di negara-negara tersebut diakui baik di peringkat antara bangsa.

Patriotisme memerlukan perasaan cinta yang amat mendalam terhadap tanah air dan mempertahankannya adalah satu kemestian (agama). Ini termasuk kesanggupan mengangkat senjata dan memerangi musuh apabila diisytiharkan, terutama ketika berlaku peperangan, termasuk juga yang tidak diisytiharkan atau undeclared war. Misalnya, Konfrontasi Malaysia-Indonesia ketika cadangan penubuhan Malaysia 1963.

Menyedihkan

Apakah ukuran patriotisme jika jumlah yang sanggup berkhidmat dalam pasukan keselamatan hanya sekelumit? Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak mahu mengaku sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara. Mereka lebih selesa menggunakan nama bangsa sahaja, kerana dengan sebutan bangsa itu sudah boleh membawa dua makna iaitu bangsa itu sendiri dan negara asal.

Sama juga respons yang diberikan apabila Kempen Sekolah Satu Sistem mencadangkan suatu Bangsa Malaysia yang kukuh dan bersepadu berasaskan satu bahasa serta satu sekolah untuk semua. Belum apa-apa lagi pertubuhan-pertubuhan perkauman ini membantah sekeras-kerasnya dan mengeluarkan kata-kata mengarut seperti "a nation within a nation", "multi-nation state" dan sebagainya.

Justeru, sudah sampai masanya Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelajaran, memberi penerangan sepenuhnya kepada rakyat. Jelaskan makna taat setia, nasionalisme dan patriotisme yang sebenar. Sekurang-kurangnya, konsep-konsep asas ini perlu diserapkan dalam mata pelajaran sejarah apabila ia mula diperkenalkan sebagai subjek di sekolah-sekolah mulai tahun 2013.

Mengikut statistik tahun 2005 pula, mereka yang ditempatkan dalam perkhidmatan awam berasaskan kaum adalah, Melayu 77.4 peratus, Cina 9.37 peratus dan India 5.14 peratus. Berbanding tahun 1971, angka kaum Cina dalam perkhidmatan awam adalah sebanyak 20.2 peratus. Dalam tempoh 35 tahun, angka ini menurun 10 peratus. Kini, kaum Cina dalam perkhidmatan polis berada pada aras di bawah 3 peratus. Salah siapa? Fikirkan secara rasional daripada menyalahkan orang lain.

Lagi pula, berdasarkan kajian oleh MCA tahun 2007, menunjukkan bahawa orang Cina memang tidak berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam sebagai kakitangan bawahan. Kalau adapun yang berminat, mereka hanya akan memilih sektor yang banyak memberikan pulangan besar yang berpangkat tinggi. Misalnya dalam perkhidmatan polis, daripada 250 belia-belia yang dikaji, lebih 80 peratus mahukan jawatan inspektor berbanding jawatan konstabel. Kajian ini menunjukkan bahawa orang Cina tidak mahu berada pada kedudukan pangkat rendah. Mereka mahukan kedudukan yang lebih tinggi. Lagipun profesion mempunyai kaitan rapat dengan sikap kiasi atau takut mati

Berbeza dengan orang Islam, kita percaya dalam patriotisme itu terungkap konsep jihad, tanpa mengambil kira soal pangkat dan darjat. Jihad yang paling besar adalah mempertahankan agama, diikuti bangsa dan negara. Inilah faktor yang kuat menyatukan umat Islam terdahulu sehingga sanggup berkorban nyawa. Malangnya hari ini, kita asyik bergaduh dan bertelagah. Kita sanggup mengkafirkan konsep patriotisme dan nasionalisme, mengatakan ia adalah perancangan barat untuk memporak-peranda umat Islam sehingga kita tidak dapat bersatu. Sedangkan ia hanyalah satu istilah yang didefinisikan oleh barat secara sekular tanpa mengaitkannya dengan agama. Justeru, menjadi kewajipan kepada kita untuk mengIslamkannya, bukan mengkafirkannya hanya kerana ia datang daripada barat? Inilah sebenarnya punca kepada perpecahan umat Islam.

Sumber : Mingguan Malaysia 28/11/2010

MELAYU

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:
Petikan sajak , "MELAYU" oleh SN Allahyarham Datuk Usman Awang


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
.........................
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

DOL SAID PAHLAWAN TERBILANG

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:
SIRI MENGENANG SEJARAH PEJUANG MELAYU (4)

Pada tahun 1829, pemerintah British di Melaka memaksa Naning membayar cukai tanaman sebanyak 1/10 dari hasil perolehan. Ini dikatakan berpunca daripada kejahilan dan kesilapan Gabenor Fullerton dan Lewis, Penguasa Tanah di Melaka pada masa, tentang taraf Naning dan bentuk cukai yang sebenarnya wujud pada masa itu[1].

Dato' Dol Said yang ketika itu menjadi Penghulu Naning membantah perintah membayar cukai tersebut. Berikutan itu, pada tahun 1831, satu pasukan seramai 150 orang askar Sepoi dengan dua buah meriam telah dihantar oleh Inggeris untuk menyerang Naning bagi menghapuskan Dato' Dol Said dan pengikutnya.

Dalam Perang Naning pertama yang berlangsung selama 18 hari antara 6 Ogos dan 24 Ogos 1831, pihak Inggeris ini telah berjaya ditewaskan oleh orang-orang Naning dibawah pimpinan Dato' Dol Said dengan bantuan orang-orang Rembau dibawah pimpinan Syed Shaaban menantu Raja Ali.

Inggeris tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dan kembali menyerang Naning pada bulan Februari 1832 dengan tentera yang lebih besar. Dol Said kehilangan ramai orang dan beliau terpaksa berundur ke Pasir Besar. Dalam tempoh empat bulan, Naning jatuh ke dalam tangan Inggeris pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.


TOK JANGGUT PAHLAWAN TERBILANG

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:
SIRI MENGENANG SEJARAH PEJUANG MELAYU (3)

" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"



















Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut.[1] Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut:
  • cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
  • cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
  • kelapa sebanyak 3 sen setandan
  • sireh sebanyak 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff, menggantikan Engku Besar. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai pentadbiran British yang berasal daripada luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas, khususnya dalam hal pengutipan cukai.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat, dan ini membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk bertemu dengan Tok Janggut Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh.

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Perjuagan Tok Janggut ini juga sebenarnya adalah datangnya dari semangat pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta pengikut-pengikutnya. Ke semua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi ke Terengganu, Kelantan dan Siam apabila pada ketika itu British telah mempengaruhi Kerajaan Pahang agar memusuhi mereka. Kerana tidak mahu bertempur dengan bangsa sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam.

CERITA RENUNGAN (1)

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:
Pada suatu hari seekor ayam mengais-gais tanah dan terjumpa beberapa benih gandum. Ayam berteriak kepada kawan-kawan, "siapakah antara kalian yang mahu membantu saya untuk menanam benih gandum ini? " tetapi tiada satupun rakan-rakannya yang sudi membantu. Ayam menanam sendiri benih gandum itu sehingga tiba waktu untuk menuai. Sekali lagi ayam berteriak kepada rakan-rakannya, " siapakah antara kalian yang sudi membantu saya untuk menuai biji gandum ini? "... ayam kecewa kerana tiada siapa sudi membantu. Akhirnya ayam menuai sendiri gandum itu dan bersiap-siap untuk membakar beberapa keping roti. Ayam masih mengharapkan ada rakannya yang sudi membantu tetapi sekali lagi dukacita kerana tidada siapa mahu membantu. Ayam membakar sendiri 5 buku roti dan kemudiannya bersiap-siap untuk menghantarkan roti itu kepada Wak Slack ( tuan punya reban ) tempat ayam dan rakan-rakannya tinggal. Ketika ini rakan-rakan ayam menawarkan diri untuk sama-sama menghantar roti itu agar nampak seperti ianya kerja sepasukan. Ayam tidak menolak permintaan itu dan bersama-sama rakan-rakannya menghantarkan roti itu kepada wak slack. Setelah mengucapkan terima kasih, Wak Slack membahagi-bahagikan roti itu sama rata dengan rakan-rakan ayam dan ayam mendapat satu bahagian. Ayam kecewa dan memprotes.." Tuan..roti ini saya hasilkan sendirian..mengapakah rakan-rakan saya mendapat imbuhan?"..Wak Slack mengakui jasa ayam tetapi menyatakan adalah sukar untuk membuktikan bahawa ayam menghasilkannya sendirian. Wak Slack percaya dengan cara membahagi-bahagikan roti itu akan mengelakkan perasaan tidak puas hati rakan-rakan ayam. Akhirnya ayam terpaksa membahagi-bahagikan roti yang dihasilkan sendirian bersama-sama rakannya. Namun demikian, hari berikutnya rakan-rakan ayam berasa hairan dan pelik kerana ayam SUDAH TIDAK MAHU MEMBAKAR ROTI lagi seperti sebelumnya. Fikirkanlah falsafahnya.

DATO' BAHAMAN PAHLAWAN TERBILANG

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:
SIRI MENGENAL SEJARAH PEJUANG BANGSA MELAYU
" GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG "

Asal

Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah orang besar yang menentang penjajahan Inggeris di Semantan, daerah kekuasaannya di Pahang, Tanah Melayu.

Bapa Dato’ Bahaman ialah Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Riau. Ibunya pula ialah Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Walaupun beliau dilahirkan di Rantau Panjang iaitu sebuah kampung di daerah Bentong, beliau banyak menghabiskan masa di Pekan kerana berkhidmat dengan Bendahara Ali iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad.

Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.

Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor. Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’ Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak berunding oleh baginda Sultan Ahmad.

Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Dato’ Bahaman digelarkan ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan Inggeris. Beliau tidak mengiktiraf pemerintahan Inggeris diPahang sejak awal lagi dan mencetuskan kebangkitan di Pahang.

Awal penentangan

Segala-galanya bermula pada Oktober 1888 apabila British melantik JP Rodger sebagai Residen Pahang. Pihak Inggeris sememangnya sudah lama mengintai peluang untuk menjajah Pahang dan peluang mereka terbuka apabila mengetahui Sultan Pahang bermusuhan dengan dengan adindanya, Wan Mansur. Rancangan Wan Mansur untuk menyerang Sultan Ahmad diketahui British dan bangsa asing itu mengambil kesempatan untuk berbudi kepada Sultan Ahmad dengan mematahkan cubaan serangan itu.

Melihat seolah-olah Sultan Ahmad sudah termakan dengan budi yang ditabur mereka, British mengutuskan Hugh Clifford untuk memujuk Sultan supaya menerima seorang residen untuk membantu baginda memerintah Pahang. British sebenarnya memasang helah untuk menjajah Pahang bagi membolehkan mereka memungut hasil bumi yang banyak di negeri itu. Pihak British seterusnya memujuk Sultan Ahmad bagi membolehkan pihak Inggeris campurtangan di dalam pemerintahan Pahang kerana mahukan hasil bumi Pahang seperti balak, bijih timah, getah, gading, rotan, emas dan padi.

Untuk menangani masalah campurtangan pihak Inggeris di Pahang, Sultan Ahmad mengadakan mesyuarat bersama Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan pembesar-pembesar Pahang di Kuala Bera, Temerloh. Selepas mesyuarat sulit yang diadakan di Sungai Salan, Pulau Tawar, Jerantut, semua pihak membuat keputusan tidak bersetuju membenarkan campurtangan pihak Inggeris ke atas Pahang.

Pada tahun 1885, British telah mengangkat Wan Mansur, kekanda kepada Sultan Ahmad menjadi Raja Muda. Berikut berlakunya kematian seorang Cina di istana Sultan Ahmad telah menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa menandatangani perjanjian membenarkan British campurtangan dalam pemerintahan Pahang. Walaupun pada mulanya baginda enggan menerima kehadiran bangsa asing, atas beberapa helah dan desakan dari British, Sultan Ahmad akhirnya terpaksa bersetuju untuk menerima seorang Residen British di Pahang.

JP Rodger pada mulanya hanya berkhidmat sebagai penasihat Sultan untuk memerintah negeri tetapi lama-kelamaan lelaki asing itu mula besar kepala. Dia mula mengambil alih urusan mentadbir Pahang serta masuk campur ke dalam adat dan agama penduduk tempatan. Rodger mula merangka pelbagai peraturan sesuka hatinya tanpa berunding dengan sultan atau pembesar negeri. Sultan Ahmad dipaksa meluluskan segala peraturan yang diperkenalkan olehnya. Antara peraturan diperkenalkan Rodger, ternyata melanggar adat resam orang Melayu. Antaranya ialah melarang penduduk membawa senjata atau keris sesuka hati.

Rodger juga melarang pembesar negeri memungut cukai walaupun sebelum itu, semua pembesar diberi mandat oleh Sultan untuk memungut cukai, sebaliknya, Rodger melantik pegawainya, E.A Wise untuk mengutip cukai. British juga melantik E.A Wise sebagai majistret dan pasukan polis di kalangan pegawai mereka bagi mengawal dan mengadili kes jenayah dan secara tidak langsung mengurangkan kuasa pembesar Melayu yang dipertanggungjawab menjalankan tugas berkenaan sebelum itu.

Tindakan Rodger menimbulkan kemarahan pembesar Melayu terutama Dato’ Bahaman. Beliau enggan tunduk kepada perintah British dan terus mengutip cukai di Semantan. Tindakan Dato’ Bahaman itu menyebabkan British menghantar surat amaran kepada beliau tetapi tokoh pahlawan itu tetap tidak mengendahkannya. Tindakan Dato’ Bahaman itu turut disokong penduduk yang enggan bertuankan bangsa asing di tanah air sendiri.

Ketegangan bermula pada bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk Terua yang terletak di kawasan Dato’ Bahaman, tanpa sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato’ Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato’ Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Dato’ Setia Perkasa Pahlawan, Orang Kaya Semantan.

Oleh kerana perlucutan jawatannya oleh Sultan dipengaruhi oleh Inggeris, Dato’ Bahaman bersumpah akan menghalau orang-orang Inggeris keluar dari Pahang kerana mereka telah memalukannya.

Pada Oktober 1891, British menghantar 25 anggotanya ke Balai Polis Lubuk Terua bagi mengawasi tindak-tanduk Dato’ Bahaman. Kemuncak kepada kebiadapan British apabila pihak Inggeris menangkap 3 orang pengikut Dato’ Bahaman di Sungai Semantan ketika sedang memancing ikan. Ketiga-tiga orang pengikut Dato’ Bahaman itu dibawa ke rumah pasung Lubuk Terua untuk diadili dan dihukum. Pihak Inggeris menuduh Dato’ Bahaman menyuruh ketiga-tiga orang itu mencuri hasil hutan tanpa kebenaran dan memerintahkan Dato’ Bahaman ditangkap dan dihukum. Salah seorang pengikut Dato’ Bahaman yang telah ditangkap berjaya melepaskan diri dan memberitahu Dato’ Bahaman tentang rancangan jahat Inggeris.

Dato’ Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang ditahan sebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan mengikut arahan berkenaan. Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara. Kesabaran Dato’ Bahaman berakhir dan beliau bersama pengikutnya menyerang pasukan polis British ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan ke balai polis berkenaan.

Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai Inggeris Pahang menyediakan tentera untuk melawan penentang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato’ Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak Inggeris dengan Dato’ Bahaman tetapi pihak Inggeris sekali lagi ditewaskan.

Pada Disember 1891, Tengku Mahmud bersama-sama dengan 200 orang pengikutnya, dan Hugh Clifford bersama-sama dengan 60 orang Sikh di bawah pimpinan Kapten Summer telah mengaturkan gerakan untuk menyerang dan menangkap Dato’ Bahaman dan orang-orangnya. Bagaimanapun gerakan ini menemui kegagalan setibanya di Kelubi kerana keengganan pasukan Melayu bekerjasama dengan pasukan polis Sikh. Pihak Inggeris yang diketuai Hugh Clifford mengalami kekalahan dan terpaksa berundur dan meminta bantuan dari Singapura.

Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.

Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.

Pada Mei 1982, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.

Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.

Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu dan Kelantan.

Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1995 apabila Datuk Bahaman, Pawang Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1996, manakala Tok Gajah dan Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.

Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Pengistiharan persetiaan

Semasa berada di Bunut Payung Kelantan, Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela & Mat Kelubi membuat satu pengistiharan persetiaan memberitahu bahawa mereka telah meninggal dunia.

Percubaan bunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya

Percubaan membunuh Dato’ Bahaman dan pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Baru pada tahu 1896. Satu jamuan makan serabai dan bubur jagung muda telah diadakan oleh orang besar adik beradik iaitu Wan Ngah, Wan Nik, Dato’ Lela dan orang besar Lebir. Seramai 15 orang termasuk 8 orang besar Kelantan dan Siam serta 7 orang pejuang Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung muda dan air minuman yang dijamukan telah dibubuh racun. Mat Lela telah melarang Dato’ Bahaman dan kawan-kawannya dari menjamah hidangan yang beracun tersebut. Akhirnya, pembesar Kelantan dan Siam yang khianat memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka.

Persetiaan sumpah

Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya. Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).

Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam. Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’ Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjumg Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.

MAT KILAU PAHLAWAN TERBILANG

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:
SIRI MENGENAL PEJUANG BANGSA.
" BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA"

























Pejuang Melayu Pahang didakwa meninggal dunia pada 22 Oktober 1895 dedah diri sebenar di Pulau Tawar pada 1969


PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah.

Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik.

Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Datuk Bahaman.

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah.

Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu.

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.

Antaranya, laluan dari Kampung Bantal di Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, laluan dari Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan laluan dari Jerantut ke Gua Musang Kelantan.

Bagaimanapun, laluan yang kerap digunakan Mat Kilau dan pengikutnya bagi mengelakkan diri daripada British adalah laluan antara Kampung Bantal ke Kampung Pasir Raja.

Penentangan Mat Kilau yang berterusan terhadap British menyebabkan dia menjadi orang buruan yang paling dikehendaki dan dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris menyebabkan beliau mengasingkan diri dan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.

Pada Oktober 1895, laporan akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura, iaitu The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Datuk Bahaman ditahan pemerintahan Siam. The Free Press pula menyatakan Mat Kilau yang melawan ketika ditangkap cedera pada muka dan kepala. Kecederaannya dikatakan parah dan dia mati dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan darah yang banyak.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka tamatlah riwayat pahlawan Melayu itu.

Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Sejak 1930, Mat Kilau terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi tumpuan ramai, Mat Kilau bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya.

Atas daya usaha Omar Mat Kilau, pahlawan Melayu itu dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pada Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau membaca Quran dan kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan itu menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd Seh.

Setelah empat hari pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana uzur. Usianya ketika itu dipercayai 122 tahun. Dengan kematiannya itu, beliau tidak sempat menceritakan kisah perjuangannya lebih lanjut.

GURINDAM DUA BELAS

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:







RAJA ALI HAJI

" Segala pekerjaan pedang itu boleh dibuat dengan kalam. Adapun pekerjaan kalam itu tiada boleh dibuat dengan pedang. Dan beberapa ribu akan laksa pedang yang sudah terhunus, dengan segores kalam jadi tersarung "

Gurindam I

Ini gurindam pasal yang pertama:

Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia melarat.

Gurindam II

Ini gurindam pasal yang kedua:

Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

Gurindam III

Ini gurindam pasal yang ketiga:

Apabila terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.

Gurindam IV

Ini gurindam pasal yang keempat:

Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.

Gurindam V

Ini gurindam pasal yang kelima:

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Gurindam VI

Ini gurindam pasal yang keenam:

Cahari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,

Gurindam VII

Ini Gurindam pasal yang ketujuh:

Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.

Gurindam VIII

Ini gurindam pasal yang kedelapan:

Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.

Gurindam IX

Ini gurindam pasal yang kesembilan:

Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.

Gurindam X

Ini gurindam pasal yang kesepuluh:

Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.

Gurindam XI

Ini gurindam pasal yang kesebelas:

Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.

Gurindam XII

Ini gurindam pasal yang kedua belas:

Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.

MELAYU MUDAH LUPA

Author: ABD RAZAK BIN HASSAN // Category:






Oleh : Tun Dr.Mahathir Mohamed

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi

Kerana perjuanganmu belum selesai...