LOGO GPMS
Logo GPMS adalah berbentuk perisai berwarna hijau yang mempunyai peta Semenanjung Malaysia berwarna putih dan tangan yang memegang obor api merah di bahagian tengahnya.
Di bahagian bawah terdapat nama GPMS iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
WARNA PUTIH bermaksud kesucian dan kemurnian hati manakala
WARNA MERAH menggambarkan kebenaran dan keberanian.
WARNA HIJAU menunjukkan kepulauan dan Nusantara Bangsa Melayu yang subur dan kaya-raya.
TANGAN bermaksud penyatuan dan keazaman.
OBOR API menandakan kepentingan ilmu dan pengetahuan dan pelajaran dalam mengangkat kemuliaan bangsa.
LIDAH API PECAH ENAM menunjukkan Rukun Iman dan keimanan
PECAHAN CAHAYA LIMA membayangkan Rukun Islam.
PETA SEMENANJUNG menunjukkan gerakan pelajar-pelajar Melayu di Semenanjung Malaysia.
Dengan sepotong ayat lambang GPMS bermakna :
Dengan hati yang suci murni, kami Pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu bersatu berdasarkan keIslaman dan kebangsaan, berjuang dengan berani kerana benar, untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa sebagai syarat untuk mencapai kemuliaan bangsa Melayu.
MUKADIMAH 4 SEDAR GPMS
Kami pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.
SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu
SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa
SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami
BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.
LAGU RASMI GPMS
Timbulnya gabungan pelajar Melayu
setelah menempoh halangan
bahgia hendaknya memimpin pelajar
bagi ibu kandungan
kekal berpanjangan khidmat mulia
dengan tulus dan setia
cekal bersatu lambang kita
menuntut hingga berjaya
Timbulnya gabungan pelajar Melayu
setelah menempoh halangan
bahgia hendaknya memimpin pelajar
bagi ibu kandungan
kekal berpanjangan khidmat mulia
dengan tulus dan setia
cekal bersatu lambang kita
menuntut hingga berjaya
LAGU WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara…
( Lagu Warisan oleh Datuk Dr Nordin Kardi)
PENYAMBUNG WARISAN
Di sini lahirnya sebuah cinta
yang murni abadi sejati
di sini tersemai cita-cita
bercambah menjadi warisan
Andai kuterbuang tak diterima
andai aku disingkirkan
ke mana harus kubawakan
ke mana harus kusemaikan
cinta ini
Bertapak di bumi ini kumelangkah
ke utara selatan timur dan barat
kujejaki
Aku bukannya seorang perwira
gagah menghunus senjata
namun hati rela berjuang
walau dengan cara sendiri
demi cinta ini
Kuingin kotakan seribu janji
selanjang kedewasaan ini
kuingin sampaikan pesanan
akulah PENYAMBUNG WARISAN.
Nyanyian asal : Allahyarham Sudirman Hj Arshad
CERITERA KE-26
Prof.Dr.Muhamad Hj Salleh
“ Dan segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunuh, melainkan dosanya derhaka ; kerana segala Melayu itu tanahmu ..... “
Melayu itu tanahmu,
Bangsa dan negerimu,
Kau besar dan raja padanya.
Laut dan pantai di Semenanjung ini,
Pulau-pulau Andalas dan Riau,
Kedah dan Pahang, Kelang dan Muar
Ialah air dan bumi bangsamu
Hormatilah orang berilmu,
Orang yang setia pada bangsamu
Betapa pun tidak setujunya.
Melayu akan besar dengan kebebasan,
Dengan percaya bahawa mereka bebas dan besar,
Di pelabuhan kita seluruh dunia bertemu,
Bahasa kita dipilih, adat kita diteliti
OMBAKAN HATI
(Buat sahabat-sahabatku dalam GPMS)
Oleh : Sutan Shahril Lembang.
20 April 1966
Kawan,
Suaraku ini adalah ombakan hati
Yang kental dibalut kesedaran
Yang setiap hari kusetia dengan sumpah pahlawan
Tentang masa masa depan
Yang punya seribu kemungkinan.
Engkau dan aku sama-sama tahu
Sama-sama sedar bahawa kita masih menggelapar
Meniti titian licin
Bergantung di dahan rapuh
Menghadapi seribu kemungkinan
Apabila orang membawa berita
Tentang ayam di kepuk mati kebulur
Tentang itik di air mati dahaga
Berita itu kawan
Adalah gendang perang yang melarang kita mundur
Rempuh..rempuhlah terus kejahilan
Kemunduran kikislah habis.
Hari ini kawan kita susunkemaskan barisan
Kita yakinkan almarhum-almarhum tercinta
(Aminuddin Baki dan Zulkifli Muhammad)
Bahawa jejak mereka kita teruskan
dengan hati pahlawan seperti Hang Jebat
hari ini kawan
pintalah Tuhan lebarkan terbukanya pintu hati kita
biar terjirus air keramat ke dalamnya
biar berhembus udara hidayah ke lubuknya
agar hari ini bagi kami oh Tuhan
hari yang penuh dengan rahmat dan ampunan
hari yang penuh dengan petunjuk dan bimbingan
untuk kelanjutan semangat mukadimah
pertubuhan yang kami junjung
GABUNGAN PELAJAR-PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG.
MELAYU JOHOR
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Melayu Johor
Telah terlalu banyak kita kehilangan
Sawah ladang bertukar tangan
Pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
Yang tinggal hanyalah pakaian
Sedarah sedaging hampir hilang
Yang ada hanyalah setulang
Selat Teberau kian sempit
Hati rindu jauh tergamit.
Di Johor
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu.
Melayu itu maknanya bijaksana
"Jika menipu pun bersopan"
Kurang ajarnya tetap santun
Dajalnya cukup selamba
Budi bahasa jangan di kira
Beraninya cukup benar
Tunduk bila bersalah
"Lembutnya cukup jantan"
Setia samapai ke kubur
Biar mati adat jangan mati sahabat
Anak Johor
Luka di Tanjung Putri
Parutnya di Parit Raja
Muka biar berseri
Mulut biar berbahasa.
Berkelahilah cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dalam senyum
Marahnya dalam tertawa
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolok permusuhan
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan
Kasih sayang kekeluargaan
Ringan tulang saling bertolongan
Jujur memaafkan,ikhlas memberikan.
Berdamailah cara Melayu
Silaturahim yang murni
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut
Tangan di hulur bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.
Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian
Sifat terpuji setiap insan
Bermuafakat supaya berkat
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah
Kepada ALLAH berserah
MELAYU
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara.
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
Sasterawan Negara.
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara
Dikuasakan oleh Blogger.
Ahli GPMS 8407
Abd Razak Bin Hassan @ Haron
E-mel : ajak8407@gmail.com
H/P : 017-7901718
Abd Razak Bin Hassan @ Haron
E-mel : ajak8407@gmail.com
H/P : 017-7901718
PENUBUHAN GPMS
Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung ditubuhkan pada tahun 1948 hasil pertemuan beberapa orang pelajar perubatan di Raffles College Singapura.
PENGASAS GPMS
Abdul Wahab Ariff
Mohd Noor Marahakim
Aminuddin Baki
Abdullah Majid
Siti Hasmah Md Ali
Mahathir Bin Mohamed
Abdul Wahab Ariff
Mohd Noor Marahakim
Aminuddin Baki
Abdullah Majid
Siti Hasmah Md Ali
Mahathir Bin Mohamed
SELAYANG PANDANG GPMS
Sekitar tahun 1945 hingga 1946, Aminuddin Baki mula menunjukkan minat terhadap persatuan pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudiannya bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan Penuntut-Penuntut Melayu yang ditubuhkan pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Manakala, Aminuddin pula telah dilantik sebagai setiausaha.
Pada masa yang sama, beliau telah menubuhkan persatuan pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, beliau telah diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles yang kini merupakan sebahagian daripada Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.
Di sinilah Aminuddin telah bertemu dengan Abdul Wahab Mohamed Ariff apabila mereka tinggal sebilik. Abdul Wahab pada ketika itu adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Kolej Perubatan dan Kolej Raffles, Singapura dan sangat mengambil berat tentang jumlah pelajar-pelajar Melayu di pusat Pengajian Tinggi. Jadi, mereka selalu berbincang mengenai pergerakan pelajar dan akhirnya mereka melahirkan idea menubuhkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Antara mereka yang turut memberi sokongan kepada idea ini ialah Mohd. Nor Marahakim, Abdullah Majid dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Bermula dengan persidangan yang membabitkan tujuh kesatuan pelajar di Jalan Tambun, Ipoh, satu konvensyen pelajar Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948. Di sinilah satu ketetapan dibuat untuk bersetuju menubuhkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung atau lebih dikenali dengan singkatan GPMS.
Penubuhan GPMS digerakkan oleh lima orang mahasiswa dari Kolej Raffles dan Kolej Perubatan King Edward di Singapura (kolej ini kemudiannya menjadi Universiti Malaya, Singapura selepas bergabung dengan Kolej Raffles). Mereka yang bertanggungjawab mengadakan konvensyen dan menubuhkan Jawatankuasa Sementara GPMS dibarisi oleh Aminuddin Baki (Presiden GPMS 1950-1951 dan 1952-1953), Datuk Paduka Prof. Abdul Wahab Mohamed Ariff (Presiden GPMS 1948-1949), Mohd. Nor Marahakim, Abdullah Majid dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
GPMS adalah satu-satunya persatuan pelajar kebangsaan yang pertama ditubuhkan di negara ini hasil dari kesedaran akan pentingnya bidang akademik di kalangan anak-anak Melayu. GPMS memperkenalkan konsep kelas bimbingan sejak tahun 1950-an lagi. Kegiatan kelas bimbingan ini mendapat sambutan yang cukup baik daripada pelajar dan masyarakat pada masa itu. Mulai tahun 1960-an, pertubuhan belia negara ini mula menjadikan kelas bimbingan sebagai aktiviti persatuan.
Dalam tahun 1958, GPMS mula meneroka aktiviti-aktiviti baru dengan mengadakan kursus untuk pelajar. Dalam kursus ini, konsep perkhidmatan masyarakat mula diperkenalkan. Ahli-ahli GPMS khususnya dari Universiti Malaya bergerak mendampingi masyarakat dan meniupkan kesedaran ke dalam diri mereka akan peri pentingnya pelajaran sebagai kunci kemajuan bangsa. Sebagai susulan daripada kejayaan program itu, projek Gerakan Obor pula dipergiatkan. Pada tahun 1971, GPMS melancarkan Operasi Pembangunan Masyarakat di beberapa buah tempat di tanah air.
Sejak tahun 1970-an, GPMS berusaha membantu pelajar melalui program siri Ceramah Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan SPM Dan STPM. Zaman terus berlalu, GPMS ikut merintis program-program baru seperti Ceramah Motivasi, Seminar Teknik Pembelajaran Secara Berkesan, Seminar Bimbingan Kerjaya, Peluang Melanjutkan Pelajaran, Kem Pendidikan dan Kem Kerjaya. Segala aktiviti yang menjurus kepada pendidikan mencerminkan perjuangan utama dan iltizam GPMS. GPMS sentiasa bekerjasama dengan badan dan organisasi lain yang berusaha meninggikan taraf pendidikan anak-anak bangsa Melayu.
Dalam usianya sudah mencecah 60 tahun, perjuangan GPMS berhasil memperkasakan perjuangan pelajar Melayu yang tidak pernah kunjung padam. GPMS yang mempunyai cawangan dan badan gabungan di seluruh semenanjung berusaha tanpa jemu untuk kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar Melayu demi maruah bangsa dan negara.
Berbekalkan moto ‘Belajar Terus Belajar’, GPMS terus memperjuangkan dan membela nasib pelajar-pelajar Melayu. Mudah-mudahan usaha murni ini demi memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah s.w.t.MESEJ ANDA
GALERI GAMBAR
SAHABAT SEPERJUANGAN
MUTIARA KATA pembakar semangat
Berbuat baiklah kepada orang yang kita temui sepanjang pendakian ke puncak kerana kita memerlukan mereka ketika menuruni puncak menuju ke lembah.
........ maksud pepatah Cina
Kalau kalian mahu melompat, pastikan dapat memaut kepak helang yang sedang terbang di angkasa. Kalau kalian ingin berlari, pastikan kalian dapat mengejar puyuh yang sedang berlari.
....... pujangga Melayu
Ada kalanya ketika mempertahankan hak, kita perlu berlaku kejam kepada orang lain agar hak kita terpelihara.
....... Azizi Hj Abdullah [ Senja Belum Berakhir ]
Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir atas batu, sebaliknya mendidik anak-anak setelah dewasa umpama mengukir atas air
...... maksud peribahasa Arab
Jika kita menghulurkan kacang..kita hanya akan didatangi sekawan monyet.
...... peribahasa Inggeris
Hidup tanpa cinta umpama tinggal dalam taman tak berbunga.
.... pujangga Hindi
Tali yang diikat terlalu tegang akan putus. Tali yang diikat terlalu longgar akan melurut. Ikatlah tali sebaiknya supaya tali itu dapat difungsikan.
.... Mahatma Ghandi.
Jangan bertanyakan sumbangan negara kepada kamu. Sebaliknya tanyakan apakah sumbangan kamu kepada negara.
..... Mendiang Joh F Kenedy
Kamu tidak mampu untuk menebus satu inci masa dengan satu inci emas.
..... maksud pepatah Cina
Lalai sesaat ada kalanya mencurahkan air mata setahun
..... Hj Roduwan
Berbuahlah pisang tiga kali, orang Melayu masih bermimpi
...SN Datuk Dr Usman Awang
Seorang juara akan melihat jalan penyelesaian kepada satu masalah, sebaliknya seorang pesimis akan melihat masalah kepada jalan penyelsaian.
......... pakar motivasi Inggeris
Jadikan dirimu seteguh karang yang mampu bertahan di tengah samudera yang mengganas.
......... Norliya Zain...
Seorang itu dinamai nakhoda jika berjaya mengemudi bahtera di laut yang cukup bergelora.
.......... ajak8407
Dunia ini sebenarnya tiga hari sahaja. Semalam yang berlalu dimana engkau tidak boleh membuat apa-apa perubahan, esok yang bakal mendatang dimana engkau sendiri belum tentu akan dapat hidup dan hari ini dimana engkau berada sekarang. Maka carilah yang sebaiknya untuk bekal hari mendatang.
.......... sabda Nabi Isa a.s
Orang yang banyak bercakap kurang membuat kerja, sebalinya orang yang kurang bercakap banyak membuat kerja.
........ maksud pepatah Cina
Beri satu pasukan sebuah bukit untuk didaki.
........ pakar motivasi Inggeris
Orang tidak berminat dengan apa yang kita cakapkan tetapi melihat apa yang kita buat.
........ pakar motivasi Inggeris
Digilap baru ditayang, dicanai baru diuji, dimamah baru ditelan..barulah perjuangan kalian bercahaya bak rembulan..bersinar bak mentari.
........ 1644
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
......... 1644
Kalau kalian jadi pemimpin..keringkan air mata rakyat. Kalau kalian jadi pandidik..ketahuilah bahawa abak bangsa kita masih dahaga... kalau kalian jadi seniman nyanyikanlah lagu-lagu anak bangsa.
........... Bamba
Lalai sesaat ada kalanya mencurahkan air mata setahun.
............ Hj Roduwan, pakar motivasi
Akar pendidikan adalah pahit tetapi buahnya sangat manis.
.......... Hj Roduwan, pakar motivasi
Kurang semangat membawa lebih banyak kegagalan berbanding kurang kemahiran.
............ Hj Roduwan, pakar motivasi
Satu kesilapan yang kecil sebenarnya satu penambahbaikan yang besar.
....... maksud peribahasa Inggeris
bro..yg wa masih ingat dalam gambar tu Suzi, ayam, Benjol, Jerman dengan Bagong..yg lain wa tak ingat nama. Mana dia orang ni sekarang hah